Selamat Datang ke Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Jabatan ini adalah yang baru di dalam Politeknik Muadzam yang rangkanya diambil daripada beberapa Politeknik terdahulu. Pada awal penubuhannya ia dikenali sebagai Jabatan Rekabentuk sahaja. Buat masa ini Politeknik Muadzam Shah hanya menawarkan Diploma Senireka Grafik
Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual menawarkan program pengajian sepenuh masa di peringkat diploma dalam bidang berikut :
- Diploma Rekabentuk Grafik
Program ini menekankan pembelajaran dan pengajaran kepada konsep rekabentuk dan juga aplikasi yang terlibat dalam proses-proses penghasilannya.
Pelajar dilatih untuk berfikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan idea di mana dalam proses pembelajarannya akan melibatkan pembinaan idea dan konsep, kajian, metodologi, "hands-on technique" dan aplikasi yang digunakan sama ada secara manual atau komputer. Pada semester akhir pelajar program diploma perlu menghasilkan major projek bagi menfokus pada skop tertentu dan beberapa kursus elektif untuk keperluan kerjaya pada masa hadapan.
- See more at: http://polimuadzamshah.blogspot.com/2011/06/jabatan-rekabentuk-dan-komunikasi.html#sthash.vgc5rVz0.dpuf
Program yang ditawarkan dibawah Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual adalah berteraskan kepada kreativiti dan penciptaan. Ini adalah selaras dengan Dasar Industri Kreatif Negara yang telah memperuntukan sejumlah dana sebagai pemangkin kepada pembangunan aktiviti industry kreatif Program.
Tujuan Jabatan Rekabentuk danKomunikasi Visual ditubuhkan adalah untuk:
• Menghasilkan graduan yang kreatif, inovatif dan berdedikasi untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang rekabentuk.
• Graduan berkebolehan untuk menerima perubahan dalam pembangunan sosial, alam sekitar dan juga teknologi
• Membangunkan graduan yang kreatif dan inovatif dalam bidang rekabentuk melalui teknik lukisan, rekabentuk dan susun atur rekaan.
• Melengkapkan graduan dengan kemahiran kepimpinan, keusahawanan dan komunikasi berkesan sebagai persediaan untuk kepasaran global dalam bidang industry dan perniagaan.
No comments:
Post a Comment