Wednesday, January 15, 2014

FUNGSI DAN PENGGUNAAN VISUAL


     


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, persembahan visual adalah sesuai digunakan untuk situasi-situai tertentu.


Persembahan visual biasanya digunakan untuk topik berkenaan objek konkrit dan objektifnya untuk mengenalpasti, membezakan, mengklasifikasikan konsep atau melakukan sesuatu kerja. Dengan penggunaan visual, topik-topik dapat disampaikan kepada murid dengan lebih mudah.


Selain itu, persembahan visual juga sesuai digunakan untuk keadaan mod pembelajaran pelajar lebih kepada penglihatan (83%). Ini adalah kerana setiap pelajar mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Terdapat pelajar yang lebih mudah memahami sesuatu dengan hanya menggunakan perkataan. Sebaliknya, terdapat pelajar yang lebih mudah belajar menggunakan visual atau gambar. Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam menentukan bahan media pengajaran yang sesuai digunakan dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana, media pengajaran memberi pengaruh besar dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.


Persembahan visual juga digunakan untuk pembelajaran berkaitan simbol, peraturan, konsep yang didefinasikan melalui analisis, lakaran, peta, gambar 3D dan sebagainya diperlukan.

JENIS-JENIS VISUAL..



Visual terbahagi kepada dua jenis iaitu visual tayangan dan visual bukan tayangan.Visual tayangan adalah seperti transperensi dan OHP, projektor slaid, kamera video serta video dan televisyen. Manakala visual bukan tayangan adalah seperti carta, poster, papan tulis dan model.


Visual atau media tayangan seperti transperensi dan projektor overhead adalah alat bantu mengajar bagi membantu guru mencapai pengajaran yang efektif. Pelajar akan lebih cepat menerima pelajaran dengan melihat, mendengar dan melakukannya. Ini hanya dapat dilakukan dengan menggunakan OHP dan transperensi yang rapi dan sistematik oleh pihak guru. Menurut Kemp (1980), penggunaan transperensi dapat menyampaikan maklumat pengajaran yang mengandungi konsep, langkah–langkah pengajaran dan fakta–fakta rumusan kepada kumpulan sasaran kecil hingga kumpulan sasaran besar. Heinich (1996) sependapat dengan Kemp bahawa penggunaan transparensi dapat menerangkan topik pengajaran yang kompleks dengan menggunakan teknik transparensi bertindih overlays.


Projektor slaid adalah satu lagi jenis media yang biasa digunakan bagi tujuan menyampaikan pengajaran. Kepingan slaid boleh dihasilkan sendiri oleh guru. Kemudahan ini telah berjaya membawa pengukuhan dalam bentuk realiti di layar perak. Gambar–gambar seperti planet, lautan, bahagian dalam jentera dan objek–objek lain yang sukar untuk diperlihatkan, dapat ditayangkan dalam bilik darjah. Terdapat beberapa jenis projektor slaid seperti jenis manual, separuh automatik dan automatik sepenuhnya.


Video dan televisyen adalah satu–satunya bahan teknologi moden yang telah berjaya mempengaruhi sistem pengajaran dan pembelajaran. Ramai penyelidik telah menjalankan kajian mengenai penggunaan televisyen untuk pengajaran dan pembelajaran. Menurut schramun (1962), murid – murid dapat belajar dengan cekap menerusi televisyen pendidikan. Menurut Wittich dan Schuller (1973), televisyen banyak pendidikan telah banyak mengatasi masalah pengalaman pembelajaran murid.


Bercakap mengenai video, ia bermaksud menggunakan pita video dan perakam video ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perakam video pula merupakan alat menjanakan pita video. Kelebihan menggunakan perakam video untuk pengajaran ialah gambar dan bunyi atau suara boleh disiarkan serentak.


Media visual bukan tayangan seperti carta telah digunakan untuk menunjukkan sesuatu idea atau konsep dengan cara visual. Carta didapati amat penting, terutama dalam menerangkan sesuatu konsep atau idea. Penerangan sesuatu idea atau konsep secara lisan sahaja tentu tidak memuaskan dan kurang daya tarikan.


Carta yang dianggap efektif adalah carta yang berjaya menggabungkan pelbagai jenis visual seperti gambar, lukisan, kartun, graf, gambar rajah dan bentuk – bentuk garisan. Ada pelbagai jenis carta, diantaranya ialah carta aliran, carta pohon, carta jadual, carta masa dan lain – lain. Dalam membuat pemilihan jenis – jenis carta, guru haruslah memilih yang sesuai untuk tujuan pengajaran. Carta – carta yang biasa digunakan dalam pengajaran ialah carta pohon, carta aliran, carta jadual dan carta pengalaman.


Poster digunakan untuk menyampaikan maklumat, penerangan dan pengetahuan. Penerangan menggunakan poster adalah mudah dan cepat. Poster yang tertampal di bangunan dan tepi jalan raya nampak cantik dan menarik kerana ia dibuat mengikut elemen – elemen grafik yang baik dan sistematik. Poster juga digunakan oleh syarikat pengeluaran barangan untuk tujuan mempromosi produk dan digunakan oleh kementerian pendidikan untuk tujuan menyampaikan penerangan, tunjuk ajar dan nasihat kepada pelajar – pelajar.


Papan tulis atau papan hitam yang digunakan dengan cara yang betul dan sistematik akan dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Ia digunakan meluas dan guru haruslah mengambil kira peranan yang dapat dimainkan oleh papan tulis sebelum memulakan sebarang pengajaran. Bagi Brown (1969), guru yang berkebolehan dan cekap selalunya mengambil berat penggunaan papan tulis supaya ia benar – benar efektif.


Model ialah bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupabentuk dan menjelaskan bagaimana sesuatu (misalnya mesin) berjalan. Terdapat tiga jenis model, antaranya ialah model berskala, model potongan dan model olok – olok. Kebaikan menggunakan model adalah kerana ia mempunyai bentuk tiga dimensi yang boleh dilihat, ia boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikut kesesuaian penglihatan, ia boleh menunjukkan objek yang tersembunyi atau tertutup malah ia boleh menunjukkan ciri – ciri yang penting. Disamping itu juga, model boleh memuatkan objek sebenar yang kompleks dan boleh dibuka dan dipasang semula. Model akan membantu pengajaran dan pembelajaran didalam kelas lebih baik, menarik dan fleksibel.


Imej pegun dan imej bergerak adalah sebahagian daripada visual. Contoh-contoh ilustrasi adalah seperti gambar, carta, graf dan gambarajah. Penggunaan imej pegun dan imej bergerak adalah lebih mudah difahami selain dapat memberikan arahan yang membolehkan seseorang berfikir dengan lebih berkesan.


Imej pegun (static visual) adalah seperti gambar atau ilustrasi yang menyampaikan sesuatu maklumat atau informasi. Imej pegun digunakan apabila maklumat yang ingin disampaikan sukar untuk dijelaskan dengan hanya menggunakan perkataan. Contohnya seperti carta, peta minda dan graf. Graf, carta dan visual lain boleh menerangkan banyak perkara dalam masa yang singkat.


Dengan berpandukan graf, pelajar dapat memahami sesuatu dengan hanya melihat tanpa memerlukan penjelasan yang terperinci daripada guru. Ini adalah kerana, graf mengandungi hanya maklumat penting yang perlu diketahui oleh pelajar. Graf amat sesuai digunakan untuk mata pelajaran berkaitan statistik dan matematik. Ini kerana, graf tidak memerlukan huraian dengan ayat yang banyak. Hanya isi-is penting sahaja yang ditulis di dalam graf.

PENGENALAN REKA BENTUK VISUAL..



REKABENTUK VISUAL


PENGENALAN


Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat, atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain.


Visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan. Muhamad Hasan A.Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual membolehkan proses pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan.


Kajian oleh Keislar dan Phinney (1973) cuba membuktikan samada pelajar tadika mampu mengaitkan 9 gambar haiwan dengan habitatnya (gambar). Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama telah diberi pendedahan kepada buku rujukan bergambar mengenai haiwan dan habitatnya, manakala kumpulan kedua tidak diberi buku rujukan. Kumpulan kedua terpaksa mencari ilmu secara ‘trial-and-error’. Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan satu lebih berjaya daripada kumpulan kedua dari segi mengaitkan 9 haiwan dengan habitatnya.


Jenkins, Neale dan Deno (1967) melaporkan bahawa pelajar lebih berjaya mengenal stimuli yang ditayangkan dalam bentuk gambar daripada perkataan. Jenkins, Stack dan Deno (1969) telah mengajar 116 pelajar sekolah rendah untuk mengenal item (gambar atau perkataan) yang telah ditayangkan di skrin. Kedua-dua gambar dan perkataan telah dihasilkan dalam format slaid. Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan yang didedahkan kepada gambar adalah lebih berjaya daripada kumpulan yang didedahkan kepada perkataan.

RANCANGAN PENGAJARAN....

Rancangan Pengajaran.


Rajah 1 : Papan Cerita



Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran pelajar dapat :-


1. Mengenalpasti jenis-jenis papan cerita yang bersesuaian dengan produk multimedia yang ingin dihasilkan.
2. Mengetahui kepentingan papan cerita di dalam pembikinan sesebuah produk multimedia
3. Berupaya melakarkan setiap jalan cerita pada papan cerita atau skrin-skin paparan yang akan digunakan untuk membangunkan aplikasi multimedia.


Objektif:
Dapat merancang reka bentuk antara muka perisian pada peringkat awal
Membolehkan pembangun perisian menzahirkan idea sebelum dipindahkan di atas paparan komputer.
Menjimatkan kos dan masa pembinaan perisian
Mengurangkan risiko tertinggal maklumat persembahan yang penting.
Membolehkan pembangun merancang dan mengaplikasi teori serta strategi pembelajaran dengan mudah.


Bahan Bantu Mengajar:
Skrin
Projektor
Papan putih
Video( Youtube )


Set Induksi :
Paparan Video ( Youtube)
Contoh Papan Cerita / Storyboard
Link : http://www.youtube.com/watch?v=Jmp4yrI0GEg

PENGENALAN REKA BENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL...



Selamat Datang ke Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Jabatan ini adalah yang baru di dalam Politeknik Muadzam yang rangkanya diambil daripada beberapa Politeknik terdahulu. Pada awal penubuhannya ia dikenali sebagai Jabatan Rekabentuk sahaja. Buat masa ini Politeknik Muadzam Shah hanya menawarkan Diploma Senireka Grafik

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual menawarkan program pengajian sepenuh masa di peringkat diploma dalam bidang berikut :

- Diploma Rekabentuk Grafik

Program ini menekankan pembelajaran dan pengajaran kepada konsep rekabentuk dan juga aplikasi yang terlibat dalam proses-proses penghasilannya.

Pelajar dilatih untuk berfikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan idea di mana dalam proses pembelajarannya akan melibatkan pembinaan idea dan konsep, kajian, metodologi, "hands-on technique" dan aplikasi yang digunakan sama ada secara manual atau komputer. Pada semester akhir pelajar program diploma perlu menghasilkan major projek bagi menfokus pada skop tertentu dan beberapa kursus elektif untuk keperluan kerjaya pada masa hadapan.

- See more at: http://polimuadzamshah.blogspot.com/2011/06/jabatan-rekabentuk-dan-komunikasi.html#sthash.vgc5rVz0.dpuf


Program yang ditawarkan dibawah Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual adalah berteraskan kepada kreativiti dan penciptaan. Ini adalah selaras dengan Dasar Industri Kreatif  Negara  yang telah memperuntukan sejumlah dana sebagai pemangkin kepada pembangunan aktiviti industry kreatif Program.

Tujuan Jabatan Rekabentuk danKomunikasi Visual ditubuhkan adalah untuk:
• Menghasilkan graduan yang kreatif, inovatif dan berdedikasi untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang rekabentuk.
• Graduan berkebolehan untuk menerima perubahan dalam pembangunan sosial, alam sekitar dan juga teknologi
• Membangunkan graduan yang kreatif dan inovatif dalam bidang  rekabentuk  melalui teknik lukisan, rekabentuk dan susun atur rekaan.
• Melengkapkan graduan dengan kemahiran kepimpinan, keusahawanan dan komunikasi berkesan sebagai persediaan untuk kepasaran global dalam bidang industry dan perniagaan.