Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, persembahan visual adalah sesuai digunakan untuk situasi-situai tertentu.
Persembahan visual biasanya digunakan untuk topik berkenaan objek konkrit dan objektifnya untuk mengenalpasti, membezakan, mengklasifikasikan konsep atau melakukan sesuatu kerja. Dengan penggunaan visual, topik-topik dapat disampaikan kepada murid dengan lebih mudah.
Selain itu, persembahan visual juga sesuai digunakan untuk keadaan mod pembelajaran pelajar lebih kepada penglihatan (83%). Ini adalah kerana setiap pelajar mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Terdapat pelajar yang lebih mudah memahami sesuatu dengan hanya menggunakan perkataan. Sebaliknya, terdapat pelajar yang lebih mudah belajar menggunakan visual atau gambar. Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam menentukan bahan media pengajaran yang sesuai digunakan dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana, media pengajaran memberi pengaruh besar dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.
Persembahan visual juga digunakan untuk pembelajaran berkaitan simbol, peraturan, konsep yang didefinasikan melalui analisis, lakaran, peta, gambar 3D dan sebagainya diperlukan.